LAMBORGHINI DAN FERRARI TIRUAN KENA RAMPAS

BRAZIL-Selepas dua tahun beroperasi kilang kereta tiruan Lamborghini dan Ferrari diserbu pihak berkuasa selepas mendapat aduan daripada pengilang dua jenama kereta mewah terbabit dan merampas lapan kereta yang dalam proses pemasangan.Kilang itu dikendalikan seorang bapa bersama anak lelakinya dan mereka menawarkan kereta mewah palsu di media sosial pada harga kurang separuh daripada nilai kereta sebenar iaitu antara AS$45,000 (RM184,941) dan AS$60,000 (RM246,588).

Pihak polis menangkap seorang bapa dan anak  yang memiliki bengkel di Santa Catarina, kira-kira 840 batu dari Rio de Janeiro dan didakwa dengan pertuduhan jenayah harta industri dan bakal berdepan penjara tiga tahun.

Pelanggan menghubungi mereka menerusi media sosial dan memilih satu daripada lapan model serta warna pilihan sebelum tempahan itu dihasilkan.Beberapa gambar menunjukkan tempat duduk bersertakan logo Ferrari dan Lamborghini serta lencana dua jenama itu ditemui dalam kilang berkenaan.

Wakil polis,Angelo Fragelli memberitahu  bahawa bahagian-bahagian mekanikal datang dari kereta lama, seperti enjin Chevrolet Omega. Pihak berkuasa masih sedang mengkaji beberapa jenis alat ganti palsu yang telah digunakan.

Serbuan telah dibuat hanya beberapa minggu selepas Mahkamah Itali telah mewartakan Ferrari 250 GTO sebagai sebuah karya seni, bermaksud dilindungi dari penghasilan semula. Hanya beberapa buah sahaja kereta tersebut telah dibuat dalam tempoh dua tahun sekitar awal 1960-an. Satu Ferrari 250 GTO dijual dalam lelongan pada tahun 2018 sebanyak usd48 juta.

Sumber 1;business insider

Sumber 2;harian metro

(Visited 52 times, 1 visits today)

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *